Tuesday, 5 February 2013

Ensiklopedia Solat


Ensiklopedia ini harus menjadi rujukan yang penting bagi kegunaan pusat sumber, perpustakaan awam, pusat pengajian tinggi, sekolah, masjid, madrasah, kelas pengajian malah setiap rumah harus memilikinya untuk panduan seisi keluarga.
Kelebihan Ensiklopedia Solat ini:
  1. Maklumat dan ilmu yang berkaitan dengan solat.
  2. Keistimewaan ensiklopedia ini berbanding dengan ensiklopedia lain yang ada dalam pasaran kerana mengandungi pelbagai keterangan daripada aspek, fiqah, falsafah, sejarah dan saintifik.
  3. Setiap entri disampaikan dengan mengintegrasikan semua aspek ilmu supaya sesuai untuk rujukan kontemporari.
  4. Disusun mengikut pendekatan mesra pembaca.
  5. Disertakan dengan ilustrasi, foto, gambar rajah, peta minda dan jadual.
  6. Semua hadis yang digunakan mempunyai matan, sanad dan no. hadis untuk memudahkan para pembaca membuat rujukan.
Penulis Pelbagai Penulis
Kod Katalog TBBK 1105
Kod ISBN 978-967-40709-3-9
Harga RM100.00

Friday, 1 February 2013

Mutiara kata

Redhalah dengan apa-apa sahaja yang telah ditentukan oleh Allah SWT kepada kita.Setiap yang berlaku pasti dan pasti mempunyai hikmahnya.Kita sebagai manusia perlulah sabar menghadapi segala ujian yang menimpa kita.Sekiranya kita sabar menghadapinya pasti Allah SWT akan menambahkan nikmatnya kepada kita.

Perbanyakkanlah syukur kepada Allah SWT dengan cara menunaikan solat dan melaksanakan segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya.

Kita sering lalai dan lupa mengingatinya, kerana ditipu oleh kehidupan dunia yang sementara ini.Berilah ruang   masa untuk mendekati diri kepada Allah SWT.Tidak rugi kita meluangkan masa dengan Sang Pencipta kerana kita ini milik dia dan suatu hari nanti kita akan kembali kepadaNya jua.
 

Terima Kasih

Semoga mendapat manfaat daripada info yang diberikan

hubungi kami

Kuala Lumpur @ KL

INFO

E-mail : yakuzahiroshi@gmail.com
Telefon : 017-3688562