Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Featured Posts

This is default featured slide 1 title

Easy to customize it, from your blogger dashboard, not needed to know the codes etc. Video tutorial is available, also a support forum which will help to install template correctly. By DeluxeTemplates.net

This is default featured slide 2 title

Easy to customize it, from your blogger dashboard, not needed to know the codes etc. Video tutorial is available, also a support forum which will help to install template correctly. By DeluxeTemplates.net

This is default featured slide 3 title

Easy to customize it, from your blogger dashboard, not needed to know the codes etc. Video tutorial is available, also a support forum which will help to install template correctly. By DeluxeTemplates.net

This is default featured slide 4 title

Easy to customize it, from your blogger dashboard, not needed to know the codes etc. Video tutorial is available, also a support forum which will help to install template correctly. By DeluxeTemplates.net

This is default featured slide 5 title

Easy to customize it, from your blogger dashboard, not needed to know the codes etc. Video tutorial is available, also a support forum which will help to install template correctly. By DeluxeTemplates.net

Wednesday, 14 August 2013

Biografi Agung Rasulullah

BIOGRAFI AGUNG RASULULLAH SAW adalah sebuah buku yang membawa pembaca mengenal junjungan besar, Nabi dan Rasul terakhir yang diutus kepada kita umat akhir zaman. Sebagai umat yang dilahirkan 1400 tahun selepas kewafatan Baginda tentu kita ingin mengenal perwatakan, rupa paras dan bentuk tubuh Rasulullah. Sebagai umat Islam kita dilarang untuk menggambarkan paras rupa Baginda namun terdapat hadis-hadis yang menceritakan perwatakan dan paras rupa Rasulullah yang dimuatkan dalam buku ini. 

Buku ini juga memaparkan Perjalanan hidup Rasulullah bermula dari kelahiran, saat kanak-kanak hingga dewasa, isteri-isteri yang menemani sepanjang hidup Baginda, anak-anak dan cucu, sahabat-sahabat dan pembantu Baginda di sepanjang hayat Baginda menyampaikan risalah tauhid. 

Tajuk : Biografi Agung Rasulullah

ISBN  : 978-967-5426-90-2

Harga :RM65.00

Penulis :Rusydi Ramli Al-Jauhari

Tuesday, 13 August 2013

Perubatan Al-Quran Rawatan Kanser

Bahagian I: Apa itu Kanser?
Inilah sebuah buku yang membicarakan Kanser dari dimensi yang belum pernah  and abaca atau lihat. Buku ini menyingkap kanser secara menyeluruh dalam bahasa umum. Anda tentu ingin mengetahui bentuk gaya hidup yang bakal mengundang kanser. Atau anda perlu tahu bagaimana kanser merebak dan tip makanan yang perlu dikurangkan. Satu perbandingan antara perubatan moden vs rawatan Al-Quran yang mengupas isu-isu pro dan kontra, terhadap kedua-duanya.
Bahagian II: Jurnal Pesakit
Pernahkah anda bayangkan bagaimana rasanya menjadi Pesakit kanser? Buku ini menghimpunkan kisah benar 12 Pesakit Kanser yang masih hidup. Ikutilah detik-detik cemas yang mereka lalui, keberanian yang dipaparkan, kecekalan yang ditempa, pengorbanan yang tidak sia-sia dan kesabaran menerima ujian dari Allah SWT. Coretan kehidupan mereka ini pasti menyuntik Inspirasi kepada Anda!
Siapa yang perlu memiliki buku ini
Mereka yang menghargai diri, keluarga dan orang tersayang. Cegah kanser, fahami penderitaan mereka. Ketahui cara-cara membantu dan menyokong mereka. Syukurilah Nikmat ‘’Sihat’.
Tajuk Perubatan Al-Quran Rawatan Kanser
Harga : RM50.00
ISBN   : 978-967-0392-50-9
Penulis : Hj Lokman Abdul Hamid


Ensiklopedia Al-Quran


Ensiklopedia Al-Quran menceritakan perjalanan sebuah kitab Agung yang diturunkan untuk umat akhir zaman. Sebuah wahyu yang mula diturunkan di Gua Hira' kepada seorang Rasul yang tidak tahu membaca dan menulis, kemudian perlu disampaikan kepada kaumnya yang juga buta huruf.
Namun kebesaran wahyu Allah SWT ini, ia dapat berkembang dari sebuah kota ke sebuah negara dan seterusnya tersebar ke seluruh dunia dan bertahan lebih 1400 tahun. Tintanya hanya dakwat dari cairan warna-warni. Lembarannya hanya kertas daripada tumbuh-tumbuhan kenaf yang melata di bumi. Ia adalah nur petunjuk jalan bagi insan yang punya mata hati. Teksnya adalah wahyu yang boleh diterima oleh insan pilihan dan suci (Nabi dan Rasul). Wahyu yang merupakan himpunan firman Allah SWT, Tuhan yang esa. Dialah Tuhan langit dan bumi. Apakah yang lebih tinggi dan suci daripada semua itu?
  • Tajuk   : Ensiklopedia Al-Quran
  • Penulis : Syeikh Muhd Mujahid
  • ISBN     : 978-967-0392-05-9
  • Harga   : RM90

Tuesday, 6 August 2013

Formula Solat Sempurna

FORMULA SOLAT SEMPURNA ini menjelaskan kepada pembaca melalui pendekatan yang mudah dan mantap berkenaan cara menunaikan solat secara lebih sempurna iaitu dengan menggabungkan sunat-sunat semasa solat bersama rukun dan syaratnya. “Keistimewaan buku ini terletak pada kupasan ringkas dan padat hasil kajian mendalam daripada kitab-kitab turath silam dan kontemporari. Penulis membawakan nas-nas yang terbaik hasil ijtihad daripada para ulama hadis silam dan semasa.” Aspek ini menjadikan ia sebuah buku yang amat sesuai buat semua lapisan masyarakat dan latar belakang, hingga mereka yang mempunyai kefahaman Syariah yang minimum juga mampu memahami ulasan di dalam buku ini dengan baik. Kandungan buku ini disusun dalam bentuk yang menarik mengikut kronologi pergerakan solat dan kemudian disusuli dengan nas-nas warid daripada Nabi SAW. Seterusnya terdapat juga huraian amat berguna berkaitan khusyuk, masalah dan punca kehilangannya dewasa ini. Ini menjadikan buku di hadapan anda ini begitu istimewa dan mesti dimiliki oleh semua lapisan masyarakat sama ada pelajar, ulama, ahli akademik, orang ramai, dan bagi semua yang ingin mengaudit solat mereka sama ada menurut mazhab Syafi‘i atau lainnya.

Nama Penulis : Dr Zaharuddin Abd Rahman
Harga: RM 28.00
Kod Produk: TBBK 1048
ISBN: 978-983-3494-98-9
Saiz: 14 cm x 21 cm
Mukasurat: 216 ms

Monday, 5 August 2013

Al-Quran Wakaf Ibtidak beserta Bimbingan Tajwid



Assalamu'alakum wrmt wbkth,

Para Tamu yg dimuliakan, Alhamdulillah dengan izinNya & sokongan kalian, Telaga Biru berjaya menerbitkan buat julung kalinya di dunia, Al-Quran Waqaf Ibtidak berserta bimbingan Tajwid.

Keistimewaan Mushaf yg diformulakan oleh pakar Quran dunia, Tan Sri Dato Ustaz Hasan Azhari ini berbanding dgn mushaf-mushaf lain adalah ia mengandungi kod warna merah, biru dan hijau untuk membantu pembaca yang tidak menguasai bahasa arab menyebabkannya terdedah kepada kesilapan makna lantaran waqaf (berhenti) yang salah.

Jadi dengan adanya warna-warna yang tiga ini pada ayat ianya dapat membantu para pembaca mewaqafkan bacaan di tempat yg betul. Ditambahnilai dengan bimbingan tajwid, mushaf ini amat bermanfaat untuk dimiliki.

Untuk tempahan, email ke yakuzahiroshi@gmail.com atau sms ke 0173688562. Promosi penghantaran percuma utk semenanjung malaysia.Terima kasih.

Tuesday, 5 February 2013

Ensiklopedia Solat


Ensiklopedia ini harus menjadi rujukan yang penting bagi kegunaan pusat sumber, perpustakaan awam, pusat pengajian tinggi, sekolah, masjid, madrasah, kelas pengajian malah setiap rumah harus memilikinya untuk panduan seisi keluarga.
Kelebihan Ensiklopedia Solat ini:
  1. Maklumat dan ilmu yang berkaitan dengan solat.
  2. Keistimewaan ensiklopedia ini berbanding dengan ensiklopedia lain yang ada dalam pasaran kerana mengandungi pelbagai keterangan daripada aspek, fiqah, falsafah, sejarah dan saintifik.
  3. Setiap entri disampaikan dengan mengintegrasikan semua aspek ilmu supaya sesuai untuk rujukan kontemporari.
  4. Disusun mengikut pendekatan mesra pembaca.
  5. Disertakan dengan ilustrasi, foto, gambar rajah, peta minda dan jadual.
  6. Semua hadis yang digunakan mempunyai matan, sanad dan no. hadis untuk memudahkan para pembaca membuat rujukan.
Penulis Pelbagai Penulis
Kod Katalog TBBK 1105
Kod ISBN 978-967-40709-3-9
Harga RM100.00

Friday, 1 February 2013

Mutiara kata

Redhalah dengan apa-apa sahaja yang telah ditentukan oleh Allah SWT kepada kita.Setiap yang berlaku pasti dan pasti mempunyai hikmahnya.Kita sebagai manusia perlulah sabar menghadapi segala ujian yang menimpa kita.Sekiranya kita sabar menghadapinya pasti Allah SWT akan menambahkan nikmatnya kepada kita.

Perbanyakkanlah syukur kepada Allah SWT dengan cara menunaikan solat dan melaksanakan segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya.

Kita sering lalai dan lupa mengingatinya, kerana ditipu oleh kehidupan dunia yang sementara ini.Berilah ruang   masa untuk mendekati diri kepada Allah SWT.Tidak rugi kita meluangkan masa dengan Sang Pencipta kerana kita ini milik dia dan suatu hari nanti kita akan kembali kepadaNya jua.
 

Terima Kasih

Semoga mendapat manfaat daripada info yang diberikan

hubungi kami

Kuala Lumpur @ KL

INFO

E-mail : yakuzahiroshi@gmail.com
Telefon : 017-3688562